Webinar Atas Talian Untuk Ikon Cilik Usahawan Nadi X Kidventure: Webinar 1 Pelan Perniagaan Pertama Saya
22 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21/6/2025 bersamaan dengan hari Sabtu, telah berlangsung kelas atas talian untuk ikon cilik Kidventure dimana topik yang dipelajari adalah pelan perniagaan pertama saya. Tujuan Program Kidventure keusahawanan adalah untuk membentuk generasi muda yang celik keusahawanan sejak usia awal. Program ini dirancang secara holistik bagi membina pemikiran kreatif, kemahiran berniaga, dan keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Aktiviti yang dilakukan oleh peserta ialah mendengar taklimat keusahawanan secara atas talian bermula jam 10 pagi dan selesai pada jam 11 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: